Jana Pendapatan Sekarang!

Bagaimana mahu bermula bisnes online?



Saya percaya jika anda belum
lagi memulakan perniagaan internet
sendiri, anda pasti menghadapi
masalah bagaimana untuk memulakannya.

Ok, tips ini ringkas sahaja. Perkara
pertama yang perlu anda fikirkan
sebelum mula ialah mencipta atau
mendapatkan produk sendiri.

Bagaimana dan di manakah produk yang
baik boleh diperolehi?

Ada beberapa cara untuk mendapatkan
produk iaitu:

[1] Beli daripada pemborong dengan harga
murah dan jual di internet

[2] Cipta produk sendiri.

[3] Jual produk orang lain dan dapat komisen

Produk nombor 1 biasanya memerlukan anda
memiliki lesen perniagaan dan modal yang agak tinggi barulah boleh
membeli produk daripada pembekal pada
harga yang murah.

Produk nombor 2 sangat
mudah, contohnya jika anda pandai menjahit
pakaian, ciptalah beberapa design dan
jual di internet pada harga murah. Anda
juga boleh menulis tips dan petua kesihatan,
kewangan, atau apa sahaja dan jadikan
ia sebagai produk ebook anda.

Produk nombor 3 ialah menjadi ejen jualan
atau affiliate.
Sebagai contoh, anda telah mendaftar
sebagai ahli affiliate di laman web
orang lain. Jika anda mempromosikan produk
affiliate anda di blog dan website, anda
akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya
dibuat melalui link affiliate anda.

Ketiga-tiga cara mendapatkan produk
ini boleh membantu anda memulakan
langkah pertama perniagaan internet
anda. Apa yang anda perlu lakukan
sekarang ialah, dapatkan produk anda
untuk dijual di internet!

Semoga tips ini dapat membantu anda
dalam perniagaan internet.

No comments:

Post a Comment